Saturday, February 7, 2015

vow.

in sickness and in health.

tak.

tiada siapa yang nak kahwin. memanglah statement di atas tu ada bunyi bunyi dari rangkap paderi untuk merasmikan satu perkahwinan, tapi dalam kes ini, tiada kaitan. langsung.

jadi, kalau tiada yang mahu kahwin, buat apa kau lafazkan ayat ayat tadi?

buat apa? kenapa? senang. ayat tu boleh aku globalkan untuk pasangan bercinta, ahli keluarga, mahupun sahabat tetangga. ayat tu mudah. 5 perkataan yang mudah. tapi senangkah untuk ditunaikan? tak. percayalah, tak semudah kau melontarkan kata kata itu. nak aku beri contoh? rasanya tak perlu sebab aku tak rasa patut untuk aku beri contoh.

ahh kau ni, tak habis habis dengan malas kau!

bukan aku malas, cuma aku belum seratus peratus dapat keluarkan apa yang ingin aku muntahkan di sini. idea idea belum bermundar mandir di dalam kepala. cuma banyak nista nista (baca:kata kesat)  aneh yang menunggu masa untuk keluar dan menyakitkan hati serta perasaan orang yang mendengarnya.

jadi rasanya,

sebelum lebih panjang aku menaip,

biarkanlah aku.

biarkan.

jujur aku rindu zaman semudah ini.
bilamana janji mudah, hidup mudah.