Sunday, July 19, 2015

procrastination.

tidur.

rasanya satu benda yang paling aku suka buat dulu.

dululah.

sekarang?

makin jauh jarak badan dengan katil. bukan kerna runsing, bukan kerna runcing. cuma memang susah nak lelapkan mata. walau badan rasa melayang, mata? masih dalam mode standby. mungkin sebab mata masih mahu memandang apa yang ada di sekeliling sebelum mata dipejam buat selamanya.

sudah.

macammana raya? raya pertama di perantauan. raya pertama tanpa takbir mendayu. ohya. takbir di tanah arab sangat straight forward. tiada nada sayu yang boleh kau dengar di tanah melayu. mungkin lain mazhab. mungkin lain budaya. yang pasti, penghayatan berbeza. raya pertama dipenuhi gelak tawa riang bersama perantau perantau di tanah arab.

alhamdulillah.

masih dapat merasa lemang, ketupat dan rendang. cuma bila toleh kiri. toleh kanan. dipenuhi muka asing. janggal. tapi itu yang terbaik aku dapat di sini. walau penuh tawa riang, bukan itu aku cari. yang aku cari cuma wajah-wajah kesayangan yang penuh kedut, yang penuh riuh, yang penuh keriangan itu. rindu sangat rasanya pada wajah-wajah itu tatkala terdengar takbir raya dari TV Live dari Malaysia. inilah erti sebenar raya di perantauan.

tak ingin aku rasakan sunyi ini lagi.


rindu. rindu serindu rindunya.