Tuesday, January 27, 2015

excruciating.

2356

waktu Qatar.

terjaga aku dari tidur.

tak.

bukan dek kesakitan badan, kepala mahupun hati.

cuma sedikit terganggu dengan kebingitan suasana sunyi.

sunyi pun boleh ganggu kau?

ya. sebab bila dalam sunyi aku dapat refleksi yang aku sendiri sukar nak ungkap. untuk menulis di sini pun cukup sukar aku rasakan. apatah lagi nak definisikan refleksi apa yang aku rasakan dalam sunyi?

ahh. monolog dalaman kau memang dari dulu sukar untuk orang fahami!

sebab sukarlah, aku menulis. bukan untuk kau, bukan untuk dia, cuma untuk aku bukukan dalam tulisan tentang apa aku rasa.

rasa apa?

rasa yang seperti berkali kali aku ulang, kau takkan faham wahai kata hati. kau takkan faham walaupun aku terangkan berjuta kali. kau takkan faham walaupun aku lukiskan. kau takkan faham.

baiklah. apa yang buat kau kembali menulis? setelah sekian lama kau bukukan dalam hati? kenapa sekarang? sebab jauh? sebab sunyi? sebab apa?

senang. sebab aku mahu.

ya.

aku mahu.

Dohell Doha.
lebih indah dari Kuala Lumpur tapi tak sebahagia di sana.