Monday, August 15, 2011

repetitively.

Assalamualaikum.

*gosok gosok mata*

ya. gosok mata. aku dalam office sekarang. ini kerja ketiga semenjak aku buat blog baru ini. ya. tiga kerja dalam masa 8 bulan. hebat bukan? tak. tak hebat. baiklah. kerja baru ini menuntut aku berkorban masa dan tenaga dan masa.

kenapa sebut masa sampai dua kali?

kenapa? sebab masa kerja yang tak menentu. yang tak tepat. yang tak fleksibel. semualah. eh tak. aku bukan merungut. dah kerja ini yang aku pilih. so i have to deal with it. tambahan lagi aku makin selesa bekerja waktu malam. seronok. kau hanya perlu menghadap bunyi komputer. bunyi ketukan di keyboard. itu sahaja. sunyi. ya sunyi. macam yang aku perlukan sekarang.

kenapa kau perlukan sunyi? pelik.

kenapa aku perlukan sunyi? sebab aku rasa aku dah hadapi terlalu banyak bunyi-bunyian yang rasanya aku dah cukup bosan untuk hadapi sekali lagi. dalam kesunyian ini juga membolehkan aku membuat satu sesi pemikiran yang lebih agresif dan lebih mendalam akan apa yang aku sendiri mahukan. ya. kemahuan aku. permintaan aku. keperluan aku.

apa yang kau perlu? minta? mahu?

itu kau tak perlu sibuk. itu semua akan terjawab bila masa ianya semua dijawab. jadi apa kau perlu lakukan sekarang hanya duduk. tunggu. dan ya. lihat.

boleh kau lakukan itu?

boleh?



tak. aku takkan biarkan kau tergantung sebegini.

ya. tidak sama sekali.