Tuesday, August 23, 2011

conclusive.

Assalamualaikum.

#NowPlaying Najwa Latif - Cinta Muka Buku

baiklah. dalam ruang fikiran aku sekarang sedang berlegar satu persoalan. komitmen. ya. komitmen. aku nak tahu apa ciri-ciri yang mengatakan seseorang itu sudah bersedia untuk memberi sepenuh komitmen nya dalam menjayakan sesuatu hubungan itu.

hubungan? komitmen? what?

terlalu serius untuk kau alter ego? tak mengapa. kau diam dan baca sahaja. baiklah. aku ada bertanyakan beberapa orang wanita dan juga lelaki berkenaan persoalan aku ini. dan hasil yang aku dapat ada tiga (3). dua (2) dari perempuan dan satu (1) dari lelaki. kenapa banyak dari perempuan? sebab aku perlukan pandangan yang lebih konklusif dari kaum hawa ini.

Wanita A
seseorang lelaki itu dilihat sebagai bersedia apabila dia sanggup meninggalkan budaya harian yakni budaya melepaknya dengan secara drastik. malahan sanggup bersengkang mata bekerja demi menampung kehidupan keluarga jika dia seorang anak sulung.
Lelaki B
kalau kau rasa kau sanggup nak menghadap sorang perempuan tu je buat seumur hidup kau, kau dah ready bro. sumpah aku cakap kalau kau tak ready kau takkan sanggup nak menghadap dia 24/7.
Wanita C
bagi saya seseorang lelaki itu dilihat sebagai bersedia apabila tanggungjawabnya terhadap keluarga sudah berjaya dilaksanakan. maksudnya dia mampu memberi nafkah terhadap diri sendiri dan dapat menampung kehidupan keluarganya. selain dari itu kalau lelaki itu menitiskan airmatanya yang asli tanpa dipaksa, itulah erti komtmen yang sebenar.
baik. dari tiga (3) pernyataan di atas, dapat aku simpulkan yang aku sendiri masih belum mencapai tahap sedia itu. namun, dalam hati aku berpendapat, adalah lebih indah jika menikmati alam perkahwinan dengan niat untuk mengelakkan maksiat dan menambah zuriat. dan insyaallah jika sudah sampai jodohku, kau tunjukkanlah jalan-Mu Ya Allah.

Amin amin ya robbal alamin.

Amin.


saya akan terus berusaha untuk awak.

janji. :)