Friday, July 8, 2011

confine.

Assalamualaikum.

*am not doing anything*

ok. sudah lama rasanya tidak menaip di sini. ya. di sini. entahlah. kadang-kadang ada suara kecil yang menyuruh aku menaip. namun suara kecil itu ditenggelami oleh suara yang lebih besar yang menyatakan agar aku lupakan sahaja niat menaip aku itu. ahh. rumit bukan? rumit sangat.

kenapa perlu ulang ayat rumit itu?

kenapa perlu ulang? entah. memang perlu ulang rasanya. sebab aku sendiri rumit. maksud aku merumitkan. ya. aku seorang yang merumitkan. sekejap mahu sekejap tak mahu. ya. aku ada kecenderungan untuk melupakan seseorang itu bila-bila masa aku mahukan. ramai yang sudah jadi mangsa. malah orang yang selalu mengambil berat pasal aku pun turut terkena tempiasnya. ahh. aku mohon maaf kepada kau. dan kau. dan kau. ya kau yang jauh di negara orang itu. aku mohon maaf sangat kalau pernah buat kau terasa hati. haihh.

berat bunyi keluhan kau tu. kenapa?

kenapa? entah. kadang-kadang aku rindu aku yang dulu. yang tahu jaga hati orang. yang pentingkan orang terlebih dahulu dari diri sendiri. ahh. tapi sekarang ego aku makin tinggi. ya. makin menggunung. aku rasakan aku yang paling betul. aku paling matang. aku paling bijak. aku sendiri tak tahu kenapa aku perlu berfikiran begitu. mungkin sebab aku nak sorokkan diri aku yang sebenarnya fragile. yang terlalu vulnerable. yang terlalu sensitif. pernah tak kau fikirkan begitu?

tak.

kau tak mungkin pernah fikir begitu.


yep. sudah tamat praktikal. well, welcome new stage of life.

confine.