Saturday, May 14, 2011

reflex.

Assalamualaikum.

*lap peluh*

ya. berpeluh-peluh. memang sekarang musim cuaca tidak menentu. kadang-kadang menggigil kesejukan. kadang-kadang berpeluh kepanasan. entah lah. mungkin bumi sudah tua. mungkin bumi sudah penat. mungkin bumi sudah bosan. entah. aku sendiri tak pasti. apa yang pasti, kehidupan harus aku jalani. hari demi hari. minggu demi minggu. tahun demi tahun.

yang kau meleret-leret ceramah kenapa?

tak. bukan ceramah. hanya a gentle reminder. baiklah. aku sebenarnya memang rasa tiada apa yang patut aku updatekan disini. cuma keinginan untuk mendengar keletak keletuk keyboard itu sangat tinggi. sangat. jadi. rasanya aku ingin katakan bahawa hidup ini tak semestinya orang suka. seperti sahabat aku. sampai bergaduh besar dengan teman wanita beliau hanya disebabkan pembenci-pembenci yang amat tidak berpuas hati dengan mereka.

kau pun ramai pembenci ataupun haters bukan?

aku? kalau diikutkan, aku rasa ramai. ya. aku memang sangat pandai membuat musuh. sangat. semuanya disebabkan sikap aku yang kadang-kadang terlalu memikirkan akibat daripada memikirkan kesan. fahamkan bahawan kesan dan akibat adalah dua perkataan yang membawa maksud yang sangat berbeza. mungkin kau tidak nampak apa yang aku lakukan hanya untuk menjaga hati kau. dan juga hati aku.

betul ke kau jaga hati mereka?

percaya atau tidak. bukan terletak di tangan aku. hanya aku yang tahu samaada aku sedang bercakap benar mahupun sedang mengarang cerita. ahh. memang sudah lumrah manusia mengarang cerita fiksyen untuk melepaskan diri dari masalah. aku tidak terkecuali. dan aku sedar bahawa aku banyak khilafnya dan aku akui kesalahan aku. malahan tiada dendam di dalam hati serta kemaafan sudah lama diberi. cuma kau. kau. dan kau. maafkan aku ya.

kita semua hanya hamba di atas bumi ini.

bukan?


kau pasti esok kau dapat lihat senja lagi?

pasti?