Monday, January 24, 2011

mungkin.

Assalamualaikum.

*kemaskan baju*

yea. ini bukan entry kedua. bukan. ini entry yang tersumbat dalam draft sekian lama. dan sekali lagi, kau tak akan jumpa lagi entry lama yang mencerminkan kebodohan aku sepanjang tahun 2010. betul. aku pernah jadi seorang yang bodoh. tapi itu bukan persoalannya sekarang.

penakut?

ya. memang aku penakut. aku penakut sebab aku takut untuk keluarkan entry ini dahulu. aku penakut sebab aku takutkan apa perasaan orang bila aku keluarkan entry ini. aku memang penakut. bukan?

apa itu sahabat pada kau?

sahabat pada aku? pada orang lain mungkin sahabat ditafsirkan sebagai manusia yang bersama mereka selama bertahun-tahun, tapi bukan pada aku. ya bukan. pada aku, sahabat tu boleh jadi orang yang baru aku jumpa 3 minit yang lepas di selekoh jalan ke pejabat. mungkin juga pada orang yang aku berkenalan di alam maya. ya. definisi sahabat pada aku luas. seluas akal fikiran.

ahh. tapi kenapa?

kenapa aku tulis entry ini khas untuk Allahyarham Mohd Razin bin Rusli? kenapa aku tulis walhal aku tak berapa mengenali Allahyarham? kenapa perlu aku menangis melihat Allahyarham dikebumikan? kau mahu jawapan? semua sebab Allahyarham sahabat aku. ya. sahabat.

apa kau cuba maksudkan?

apa yang aku cuba sampaikan, Allahyarham mungkin aku kenali dalam jangka masa yang pendek. tapi, impak dari mengenali Allahyarham telah buat aku menangis bila terkenangkan wajahnya. ya Myza, aku menangis bila aku teringat wajah Ajen. bukan kau saja yang menangis, aku menangis.

ya.

aku boleh menangis rupanya.


dan aku menangis juga bila menatap potret ini.

abaikan.