Tuesday, January 25, 2011

monetize.

Assalamualaikum.

*lap keyboard*

sniff sniff. ya. aku sedang selsema. maaf. aku masih selsema. sudah hampir seminggu aku menahan hingus dari meleleh. sudah seminggu aku bersuara macho (baca:serak). dan sudah hampir seminggu aku berselubung di waktu malam.

ada aku peduli?

ya. kau memang tak peduli. aku mencatit ini sekadar untuk aku kongsi bersama dengan sesiapa yang membaca. ohya. aku sudah mula praktikal. yes indeed. sudah hampir 3 minggu mungkin. dimana? di Kelantan Darul Naim.

eh. bukan kau kata di Kuantan?

ahh. maaf. itu semua hanya bohong sunat. aku mohon maaf dari semua yang tertipu ya. no hearts feeling. kalau masih marah, buatlah apa-apa kau mahu. aku takkan balas. janji. ya. aku janji. anyway, aku praktikal di Pejabat Tanah dan Jajahan Kuala Krai. kenapa pergi jauh-jauh kau tanya? ahh. aku ke sini atas dasar sahabat. ya. sahabat. seperti aku coretkan semalam. sahabat aku si Zulhilmi. kau kenal bukan?

result kau ok tak?

result aku? ahh. Alhamdulillah, segala pujian pada yang Maha Esa. aku tak perlu tambah semester aku dan ya, aku akan tamat pada Jun ini. cuma kasihan pada sahabat yang masih terkandas. aku doakan kau orang lekas grad ya! lepas tu boleh kerja. kau pula? aku? ahh. hidup aku biar aku tentukan jalan ceritanya.

ya.

aku mahu tentukan sendiri.

tanpa kau berbisik halus di telinga aku.

ingat.


itu si Zulhilmi. kalau kau nak tahu.

kalau.