Monday, January 24, 2011

ini.aku

Assalamualaikum.

*clearing throat*

ehem ehem. baiklah. alamak. gila rasa janggal nak menaip. sumpah rasa janggal yang teramat. sampai terpaksa menghadap skrin laptop lama sangat. phew. memang sudah beberapa bulan aku tinggalkan dunia blog ni. sampaikan azrieazhar.com pun aku batalkan subscription dia. sumpah aku dah tiada lagi nafsu untuk menulis. jangan tanya aku kenapa.

kenapa?

sudah aku katakan jangan ditanya kenapa. aku sendiri tak tahu apa jawapannya. but all i can say is lots of thing happened for this past few days. kebanyakannya bukan berita gembira. tapi apa guna kehidupan kalau tiada masalah bukan?

apa kena dengan kau?

apa kena dengan aku kau tanya? kelakar soalan yang kau tanya tu. ya. memang bukan cara aku untuk menulis secara serius begini. tapi, mungkin kerana anjakan angka untuk di coret di dalam mana-mana borang? mungkin. mungkin kerana anjakan dalam neuron otak? mungkin. entahlah. aku tiada jawapan.

habis, sekarang apa akan jadi?

sekarang? entah. tapi jangan kau haraplah nak baca coretan mengarut seperti tahun lepas. itu bukan aku sekarang. itu aku yang dulu. tak mungkin dia akan kembali. itu aku dapat jamin. jadi, puaskan hati kau dengan aku yang sekarang.

ya.

aku yang sekarang.


tak. kau tak perlu berharap. ini aku yang sekarang.

pasti.