Friday, April 15, 2011

Maya.

Assalamualaikum.

Maya.

Maya.

Maya.

Ke mari Maya.

Waled nak bawak jumpa Ummi.

*senyum

abaikan dialog di atas. hanya awak faham. kan awak? senyum. baiklah. apa nak aku coretkan hari ini adalah satu. emosi. ya. emosi. rasanya dah pernah aku bincangkan perihal ini. rasanya. tapi kali ini akan aku lebih detailkan berkenaan emosi ini.

ahh. apa lagi kau mahu bising ni?

kejap. lama aku fikirkan pasal ni. lama sangat.

masih fikir lagi kah?

ok. dah dapat susun ayat. macam nilah. aku memang cepat emosi. ya. sangat cepat emosi. sangat sangat. kadar moodswing aku adalah sangat tinggi berbanding perempuan-perempuan yang sedang PMS tahap kritikal. ketika dalam fasa moodswing ini, selalunya apa aku katakan mahupun lakukan adalah berlandaskan perasaan semata-mata. ya. perasaan. tanpa sedikit pertolongan akal pun. apa aku buat dan katakan ketika moodswing adalah sangat biadap dan tidak berperikemanusiaan langsung.

macam tu punya kritikal kah?

ya. kritikal bukan? hmm. ramai yang sudah menasihatkan supaya kawal. kawal. kawal emosi aku ini. tapi bukan aku tak pernah cuba. setiap masa aku cuba. dan setiap masa itu juga aku gagal. ahh. mungkin memang sudah nasib aku.

ahh. jangan kau bimbang. ada penawar mungkin.

penawar? apa? anti-depressant? ahh. yang hanya akal berkesan untuk amsa yang sekejap. tak mengapa. aku tak mahu lagi telan. cuma, aku berharap sangat. ya. berharap sangat. agar kau. dan kau. dan kau dapat bertahan lebih sedikit dengan aku. aku tahu apa aku minta ini amatlah besar. tapi untuk kebaikan kita bersama, aku mohon jasa baik kau agar kau sabar. tolonglah.

kalau mereka tak boleh sabar?

kalau begitu? hmm. aku sendiri tak menafikan yang memang apa aku cakap dan lakukan sangat mengguris hati segelintir orang. tapi tulah. perkara yang dilakukan berlandaskan perasaan semata-mata memang begitu. jadi tolonglah. tolong sabar sedikit? boleh?

bolehkah?

tolonglah boleh?


promise me you will never walk away.

like i did.