Friday, April 29, 2011

crucial.

Assalamualaikum.

*uhuk uhuk*

ya. aku masih terbatuk. dan batuk. dan terus batuk. sumpah dah tak larat nak batuk. tapi Alhamdulillah suara sudah kembali pulih walaupun masih husky sedikit. tapi rasanya selepas menjerit bersama si Raksasa di dalam kereta tadi kemungkinan besar akan hilang kembali. tapi tak mengapa. sebab awak comel.

yang kau dah kenapa nak sweet-sweet bagai?

eh tak. aku tak sweet dan aku bukan cheesy. no i am not. sengaja buat ayat begitu. tak salah bukan? sudah. diam sebentar kau wahai alter ego. baiklah. begini, aku sebenarnya sedang berasa sangat terharu kerana rupanya dalam muka bumi ini masih ada manusia yang masih berfikiran matang dan waras untuk tidak turut serta dalam satu permainan bodoh dicipta oleh manusia sendiri. haa. kau jangan perasan. aku tak maksudkan kau.

habis kau maksudkan siapa?

hesh. kan aku suruh kau diam sebentar wahai alter ego. beginilah. permainan yang kau main sekarang, aku tak berminat untuk turut serta mahupun untuk bersuara. sudah. aku sudah lepas tangan. sila teruskan permainan yang aku sendiri tak tahu apa gunanya kau wujudkan. ya. aku tak ambil peduli.

kau pasti kau tak peduli?

tipulah kalau aku kata aku tak pedulilangsung tapi aku akan cuba mengawal perasaan. haa. dada berombak-ombak menahan marah? sabar. sabar. sekejap lagi kau boleh mula mengatur permainan kau semula. rombak aturcara kau. ubah natijah serta corak permainan kau. boleh?

wah kau. sedap mengata orang.

eh tak. tak. kau jangan salah faham. aku tak mengata orang mahupun mencuba untuk memarakkan lagi api kemarahan serta kebencian kau. cuma aku rasa aku perlu nyatakan yang permainan kau hanya satu luahan perasaan terhadap kemarahan kau terhadap aku. harap apa aku cuba sampaikan disini dapat kau fahami dengan hati serta mata yang terbuka ya sayang.

kau fahamkan.

kan?


berdarah hati aku lihat kau begini.

eh itu bukan darah.