Wednesday, March 2, 2011

vicious.

Assalamualaikum.

*letak projek SULIT ke atas meja*

phew. ok. semenjak bermaustatin kembali di Kuala Lumpur ini, kerja semakin menimbun. sumpah rasa diri aku patut dibayar elaun setimpal dengan tugas yang telah dilaksanakan. RM100 sebulan pun cukuplah. haih. inilah padah kalau membuat Latihan Industri dalam sektor kerajaan. haih.

yang kau nak mengeluh kenapa.

tak. aku tak mengeluh. aku tak merungut. cuma luahan pendapat seorang pelajar. tu sahaja. tak lebih. tak kurang. bukan seperti AzrieAzhar yang dahulunya kuat merungut. aku sekarang lebih matang rasanya dalam menangani hal seperti ini. kalau kau rasa aku sedang berfantasi sendirian, ahh. persetankan kau. itu konflik kau dengan rohani kau. aku tiada kaitan.

yang kau nak emo tiba-tiba kenapa.

begini. aku emo bukan sengaja tapi bersebab. kenapa aku hide comment section? aku penakut? aku cabul? aku pondan? ahh. labellah sesuka hati kau. tetapi kita masing-masing ada pendapat sendiri. dan secara jujurnya aku tak mahu tahu apa pendapat kau. sebab di sini pendapat aku sahaja yang penting. jadi tak payah rasanya kau nak jadikan ketiadaan comment section sebagai satu isu rasanya. dah. dah. tak payah nak inbox di Facebook mahupun email aku. aku dah beri jawapan bukan?

puas hati?

tak?


ya. aku ada kucing nama Monstahh.

tak puas hati?