Monday, March 14, 2011

inconsolable.

Assalamualaikum.

*letupkan jari tangan.

ok. hari ini aku takkan sentuh langsung pasal Tsunami di Jepun. tak. bukan sebab aku tak ambil berat cuma aku penat. aku malas. aku tak teruja untuk menaip perihal Tsunami itu mahupun perihal karikatur Berita Harian yang sememangnya biadap. sudah. nanti aku emo. kau tak mahu aku emo bukan.

ya ya. aku tak mahu kau emo. teruskan.

baik. begini. aku sendiri tak tahu apa aku mahukan sebenarnya. aku sendiri masih terpingga-pingga dengan jalan yang ada di hadapan aku. sumpah. aku tak tahu jalan mana patut aku ambil. kiri? kanan? terus? atau melangkah kembali ke belakang. entah. kalaulah ada signboard. pasti mudah.

ahh. kau mahu jalan yang senang sahaja bukan.

memang. memang aku mahukan jalan yang paling mudah. selagi ada yang mudah, akan aku cuba ambil jalan itu. namun, malangnya jalan di hadapan aku semuanya tidak semudah yang aku sangkakan. ke kiri, ada gaung. ke kanan, ada jeram. terus, ada semak berduri. dan di belakang, ada pasir jerlus.

ahh. kenapa kau harus berkias sampai begini sekali!

maaf. aku teremosi sebentar tadi. maaf sekali lagi. pucuk pangkalnya, aku ingin katakan di sini bahawa setiap jalan yang ada tidaklah semudah yang kau impikan mahupun seperti orang lain impikan. setiap jalan yang kau pilih akan pasti merubah corak kehidupan kau. sumpah. kau sendiri akan rasa. dan aku? aku belum rasa atau aku pernah rasainya di bawah tahap kesedaran minda yang waras. entahlah.

tapi bila kau rasa, beritahu aku ya.

janji?


ya. anak kecil pasti gembira tanpa sebarang pilihan harus dibuat.

bukan?