Saturday, February 12, 2011

think.

Assalamualaikum.

*kibaskan rambut*

ok. tipu. aku sudah tiada rambut. maksud aku rambut panjang yang merimaskan itu dah dipotong. ohya. lama aku tidak menulis di sini. lagi pun aku sudah di KL semua. tiada lagi Kelantan.

kenapa kau pindah?

kenapa? ahh. banyak sekali alasan untuk itu. cuma aku nak cakap, bila seseorang itu diam. tak semestinya dia nak lari dari masalah. nak lari dari tanggungjawab. mungkin dia cuma tak mahu mengeruhkan keadaan. dan ya, semua keputusan dibuat adalah berlandaskan alasan yang kukuh. aku bukan jenis yang akan abandon sesuatu tanpa sebab.

tapi kenapa?

ahh. childish mungkin kau katakan sikap aku ini. tapi tak. sesiapa yang lebih kenal aku tahu mentaliti aku bagaimana. mungkin kau yang beranggapan mengenali aku tak tahu. aku ada banyak lagi personaliti dan apa yang kau dapat lihat tidak sampai 20% pun. jadi rasanya kalau kau nak terus salahkan aku, silakan. aku tiada hal.

ahh. tipulah kau.

tak. aku tak tipu. mungkin kau lihat aku gembira. gelak tawa. bersuka ria. tapi itu cara aku deal dengan masalah. aku tak duduk seorang dalam rumah. sambil menangis. meratapi masalah. sebab aku tahu dengan cara itu akan menambah lagi kekusutan dalam kepala otak.

lagi apa?

lagi apa? haa. kau boleh terus mengemis simpati orang. bercerita yang bukan-bukan pada orang. aku tak kisah. aku hidup selama 21 tahun ni pun bukan atas jasa kau. aku ada keluarga aku, yang aku tak pernah abandon aku walau macammana teruk keadaan sekali pun. aku ada beberapa manusia penting yang akan sentiasa ada kalau aku memerlukan.

siapa mereka itu?

ahh. tak perlu nak beritahu mungkin. tapi ingat, kalau kau cuba melawan aku. aku takkan teragak-agak nak lawan balik.

ingat.