Monday, January 31, 2011

cuti.

Assalamualaikum.

*tolak rambut ke belakang*

ya. rambut aku dah panjang. entahlah. kadang-kadang aku rindukan rambut panjang dulu. kadang-kadang aku rindukan rambut botak dulu. entah. undecided. tapi satu yang pasti. aku suka rambut aku ditiup angin.

apa kaitan rambut kau?

tiada kaitan sebenarnya. aku saja nak beri maklumat. yang sebenarnya. aku masih kecewa sebab tak dapat pulang ke Kuala Lumpur untuk cuti Tahun Baru Cina ni. ya. aku tak dapat pulang. banyak sebab aku tak dapat pulang. sumpah banyak.

tiket KTM habis licin.

tiket Bas habis licin.

roadtax kereta habis licin.

lebih dari 1 dikira banyak bukan. apa apa pun, aku memang sangat kecewa. sangat. rasanya semua orang yang pernah baca blog ni tahu yang aku anak emak (baca: spoiltbrat). ya. anak emak. jadi, disebabkan aku dah berjanji pada emak aku yang aku akan pulang, aku jadi bertambah kecewa sebab tak dapat pulang. rasa seperti dah menghampakan orang yang paling aku sayang.

ya.

menghampakan. sangat.


aku harap jalan jam teruk sampai habis cuti.

sangat.