Thursday, July 16, 2020

bingkai hitam.

satu bingkai hitam.

tinggi di dinding.

nak dicapai.

entahkan sampai.

apa maksud bingkai itu kau tanya?
entah.
aku tak boleh nak jawab.
cuma kadang-kadang bingkai tu kau rasa macam manifestasi diri sendiri.
kau rasa kau makin naik ke atas (baca: bukan menyombong diri) dan naik tinggi lagi ke atas sampaikan orang di bawah cuba capai kau, tapi mustahil untuk bersentuh hujung jari.

cuba rendahkan diri kau kata?
tak boleh.
sepertimana bingkai hitam itu diletak tinggi oleh seseorang dan bukan diri bingkai itu sendiri, seperti itulah aku jua.
bukan atas pilihan diri sendiri.
bukan atas kemahuan diri sendiri.
juga bukan atas keputusan diri sendiri.

hidup ini bagai bingkai diletak tinggi.

sampai nanti jatuh sendiri.

sumbing.

Sunday, December 15, 2019

hilang.

tiba tiba.

jam hampir menunjukkan angka 10 malam. tapi otak masih ligat memikirkan mengapa ada satu rasa kekosongan di dalam sudut minda. sudut yang rasanya tak pernah rasa dipenuhi. mengapa kau tanya? aku sendiri tak pasti.

yang pasti rasa kosong ini sudah lama terbit dalam sudut hati cuma masa dan asakan kerja memenuhi hingga rasa kosong itu terselindung di balik setiap bait bait kata, setiap tawa, setiap senyum penuh paksa.

tapi rasa kosong ini mungkin juga boleh aku transkipkan sebagai rasa hilang. hilang siapa diri sendiri, hilang hala tuju, hilang dalam membuat keputusan untuk diri sendiri. tapi hari ini rasa hilang itu makin menebal. macam hari esok aku bakal meneroka satu hutan tebal tanpa ada arah tuju, mahupun perkakas untuk bawa diri keluar dari ketebalan hutan itu.

takkan hari hari aku bakal dipenuhi dengan rasa ini. hidup penuh monotasi, hidup penuh dengan mentaliti untuk mencari jalan keluar. tapi waktu sekarang ini hidup aku macam robot di kilang, sudah diprogram untuk lakukan satu tugasan, sampai waktu, bekalan eletrik dipadam dan aku juga terus padam. malap. kaku.

sampai waktu.

ahh. makin lama dilayan rasa hilang ini, takut satu hari akal aku bakal hilang.

tapi mungkin lebih baik begitu?


nampak indah tapi serabut terselindung

p/s : selamat hari jadi diri. mungkin esok lebih baik dari hari ini.
                                                   


Wednesday, November 21, 2018

sangkut.

hari-hari rasa.
hari-hari hadam.
hari-hari makin palam.

kalau betul kau darah daging.
tak perlu kau takut dengan bayang kau sendiri bukan?
tapi bukan itu aku rasa.
hilang satu, hilang semua.
mungkin ada separuh yang tinggal.
tapi kau rasa cukup?
kau rasa cukup untuk kau tahan sampai hujung?

hari-hari pendam.
hari-hari suram.
hari-hari juga kau telan dalam dalam.

mungkin satu hari nanti ada yang faham.


hati macam hutan dalam.

Saturday, December 23, 2017

satu.

"Dengan satu perkataan.
Satu ungkapan. 
Satu aksara pertemuan. 

Satu dunia terus berubah. 
Bukan sebab kau mahu. 
Tak. 
Tapi sebab kau perlu!

Kau belum puas untuk imbau kenangan lalu.
Tapi kau sendiri rasa semua bagai jauh. 
Rasa macam tak pernah berlaku. 

Tapi ingat,
Janji aku satu. 
Janji aku buatmu."

Sudah. 
Sudah sudahlah dengan ayat-ayat tak masuk akal kau. 
Makin lama makin mengarut! Makin kelaut!
Kau. Ya kau. 
Bukan orang lain tapi diri kau sendiri yang sibuk menaip. 

Sudahlah. 

Tapi makin lama kau baca, makin lama kau hadam, 
kau sedar. 
Sedar makin diri kau tenggelam.
Terkapai mencari siapa kau di waktu silam.
Siapa bayang di hadapan sekarang.
Tidak lagi orang yang kau cam.

Jasad sama.

Dalaman tidak.

kau sesat tak jumpa jalan pulang.

Saturday, January 9, 2016

Pernah?

Pernah tak kau rasa macam kau satu orang dalam dunia?

Pernah tak kau rasa macam kau satu orang faham diri kau?

Pernah tak kau rasa macam kau satu orang yang kisah pasal kau?

Pernah tak kau rasa macam kau satu orang tapi dalam pada masa yang sama kau macam satu orang yang lain?

Semua aku pernah rasa. Tapi kenapa aku pernah rasa macamtu? Dan kenapa aku masih rasa macamtu? Makin jauh, makin berusia, makin hiba. Entah.

Bukan hati kosong. Bukan jiwa kosong. Tapi perasaan kosong tetap berlegar dalam diri. Diri makin malas. Walau untuk bernafas.



Rasa macam diri terjun dari menara berkembar tapi selamat.